Monday, 18 August 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera,


Kita sudah berada di penghujung Syawal, bulan Islam. Masih sempat lagi untuk kami di Zaisara Enterprise mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Dalam kesibukkan memenuhi undangan majlis perkahwinan dan rumah terbuka, selain mewajibkan diri menziarahi sanak saudara, tempahan biskut tetap kami terima. Alhamdulillah, kami baru sahaja menyiapkan tempahan gift Cookies In Jar oleh Puan Alawiah dari Sg Merab sempena majlis akad nikah anak perempuannya.




Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Alawiah dan para pelanggan yang berurusan dengan kami.

Bagi yang berminat, boleh hubungi kami di 019-3431063/013-6249319 untuk tempahan biskut bagi sebarang bentuk majlis.

Bagi Cookies In Jar di dalam gambar ini , 1 unit RM 8.00. Pembelian secara pukal, insya Allah harga pukal juga kita bagi.


pemilihan biskut bergantung kepada pembeli.

Tuesday, 8 July 2014


Sunday, 6 July 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Berita baik lagi menggemparkan! 


Katalog biskut Zaisara 2014 




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat semua, kami sedang membuka booth Zaisara di Bangunan C&D,Kompleks Perbadanan Putrajaya,  Presint 4 bersempena Festival Ramadhan Putrajaya 2014. 

Kami di sini! 


Jemput datang ke booth kami.
Jemput merasa biskut kami selepas berbuka. 
Jemput membeli biskut kami.

Pelbagai aktiviti juga booth tudut dibuka dan diadakan di sini. 

datang ya! 
Dibuka dari jam  1.00 tengah hari hingga 11.30 malam setiap hari sehingga 25 Julai ini.



Thursday, 22 May 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera,


Dukacitanya kami memaklumkan,  kami telah menutup tempahan biskut bagi Ramadhan dan Syawal (Raya 2014) tahun ini. 

Tempahan dibuka semula pada bulan September nanti (Selepas Raya). 

Sunday, 4 May 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera,



Ramai yang bertanyakan Semperit tetapi kami di Zaisara tidak menjual Semperit. Sehinggalah, baru-baru ini, atas permintaan khas, maka kami menghasilkan Semperit. 

Semperit ini satu - satunya biskut Zaisara yang menggunakan mentega tulen (pure butter) kerana tiada bahan lain yang digunakan selain tepung. Untuk jualan Ramadhan dan Syawal ini, Semperit hanya akan dibuat sekiranya kami mendapat tempahan sekurang-kurangnya 5 karton ( 120 bekas ). 

Kami juga menjemput semua untuk merasa Semperit Zaisara ini. Jemput datang. Rasa- rasa percuma sahaja!

Friday, 7 February 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Ramai yang sedang mencari juga bertanyakan kepada kami sekiranya ada menyediakan cenderahati atau pakej gift untuk majlis tertentu seperti doa Selamat, majlis Aqiqah, Akad Nikah , majlis perkahwinan,acara makan malam. Ada juga yang bertanyakan cenderahati untuk rakan sepejabat dan ahli keluarga sempena majlis keraian. 



Dalam keadaan kos perbelanjaan yang semakin meningkat pada masa sama niat kita yang mahu memberikan dan menghadiahkan yang terbaik kepada mereka yang sudi hadir ke majlis yang kita anjurkan juga sebagai tanda penghargaan, kami menawarkan cenderahati serendah RM 1.00. Tuan Puan dijemput untuk melihat lebih lanjut di link berikut Produk & Cenderahati/Gift